Halaman

Khamis, 20 Mei 2010

Surat sumbangan dari Pondok Bustanul Arifin kepada sesiapa sahaja yang ingin menderma

PUSAT PENGAJIAN PONDOK BUSTANUL 'ARIFIN
                 Lorong Haji Amin, Kampung Labohan Dagang
              42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

 


Tarikh        : 20 Mei 2010

KEPADA YANG BERKENAAN,    
                    
TUAN,
MEMOHON SUMBANGAN IKHLAS UNTUK TABUNG PONDOK BUSTANUL ARIFFIN (P.B.A)

Merujuk kepada perkara di atas

2.    Saya Ustaz Haji Ahmad Ansori@Khairul Muin B. Morshid selaku Mudir@ Pengetua Pondok Bustanul A'riffin ingin memohon sumbangan ikhlas dari pihak tuan untuk menampung tabung perbelanjaan Pondok Bustanul A'riffin.

3.    Sebagai makluman kepada pihak tuan perbelanjaan keseluruhan di pondok ini hampir mencecah RM21 000 sebulan yang menanggung seramai 140 orang pelajar dan seramai 14 orang kakitangan& guru. Antara anggaran perbelanjaan bulanan adalah :

 
BIL.
PERKARA
ANGGARAN PERBELANJAAN
1
Makan& minum pelajar
RM 12 000
2
Kemudahan elektrik
RM 900
3
Kemudahan Air
RM 900
4
Gaji kakitangan& guru
RM 6450
5
Maintenance kemudahan-kemudahan pondok dan penempatan
RM 500
6
Pembinaan bangunan-bangunan baru
RM 150 000

 
4.    Oleh yang demikian saya bagi pihak pentadbiran Pondok Bustanul Arifin amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari pihak tuan. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada no. di talian
019-3388239 (Mudir P.B.A) dan 019-6416369(Setiausaha P.B.A). Sumbangan juga boleh di salurkan ke akaun AmBank ( PONDOK BUSTANUL ARIFIN -0410020052560-).


"ISLAM, IMAN DAN IHSAN TERAS KEJAYAAN"

 
HJ AHMAD ANSORY BIN MORSHIDPengetua,
Pondok Bustanul Arifin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan